KUALA LUMPUR: Perlawanan pramusim Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 antara Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Negeri Sembilan FC semalam menyaksikan sistem teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) diuji menjelang kempen baharu yang akan bermula bulan depan.
Sistem tersebut dikendalikan beberapa pegawai tempatan yang membantu pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin sepanjang perlawanan.
Pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad The City Boys yang mencatat kemenangan 2-1 menerima manfaat VAR menerusi gol kedua apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Josue minit ke-37.
Bagaimanapun semakan VAR seterusnya tidak memihak KL City apabila pemain baharunya Brendan Gan dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.
Melihat keberkesanan VAR pada perlawanan itu, Ketua Jurulatih KL City Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna seperti yang dilihat dalam negara-negara terawal menggunakan sistem itu.
"Di Croatia, saya sudah terlibat dengan VAR dan kelewatan untuk mengetahui keputusan itu normal. Sistem VAR ini hanya memerlukan masa lagi," katanya dalam kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.
Sementara itu meskipun tewas, kapten Negeri Sembilan FC Nasrullah Hanif teruja dengan sistem VAR dan penggunaannya pada musim baharu selain menganggap ia akan dapat meningkatkan kualiti permainan.
"Saya harap mutu pengadilan untuk musim ini juga akan bertambah baik dengan bantuan VAR," katanya.
MFL akan terus menggunakan beberapa perlawanan pramusim Liga-M hingga 4 Mei depan untuk menguji sistem VAR.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna. - StadiumAstro
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Semakan Astro AWANI di laman sosial mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi video insiden berkenaan.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Hanya bas dibenarkan, van pelancong dari Thailand tidak dibenarkan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan hanya bas dri Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia, van pelancongan dari negara itu tidak dibenarkan kerana khuatir menjejaskan industri pelancongan negara.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
EPL: Paul Tierney dijangka jaga VAR
Dia dipilih sebagai pembantu video bantuan pengadil (VAR) untuk perlawanan Arsenal bertemu Brentford, Ahad ini.
Kontroversi VAR iringi kekalahan Arsenal
Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Mikel Arteta di Stadium Emirates pada musim ini.
VAR jejaskan BG Pathum United - Jurulatih
BG Pathum United mengakui video bantuan pengadil (VAR) memainkan peranan besar dalam kekalahan pasukan dari Thailand itu 4-1 menentang JDT.
UCL: Celtic salahkan VAR punca Atletico kenduri gol
Kad kuning ke atas Maeda bertukar kepada merah selepas semakan VAR di pertengahan separuh masa pertama.